• Home   /  
  • Archive by category "1"

Penghargaan Assignment Kolej Profesional Mara

Tarikh : 01 April 2012 bersamaan 09 Jamadil Awal 1433

Program anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih dan Surau Al-Ittihaad telah diadakan pada 01 Apr 2012 bermula dari jam 8.30 pagi di Dataran Surau Al-Ittihaad. Seramai 41 orang pelajar dan 3 orang Pensyarah dari kolej berkenaan telah mengambil bahagian bersama-sama dengan AJK Persatuan TTS dan AJK Surau Al-Ittihaad.

Objektif utama selain membersihkan kawasan dan persekitaran, ia adalah bertujuan untuk memupuk tali persaudaraan dan silatulrahim diantara pelajar, pensyarah serta penduduk tempatan disamping pelajar-pelajar ini didedahkan dengan aspek ‘penghijauan’ dan pemeliharaan alam sekitar bertepatan dengan sempena dengan ‘Hari Bumi’ yang juga disambut pada bulan April.

En. Ahmad Wasfi selaku Penyelaras Program tersebut telah mengatur dan membahagikan pelajar-pelajar berkenaan kepada beberapa kumpulan dalam usaha mempastikan tugasan dan kerja-kerja dapat disempurnakan dengan licin dan teratur.

Sebelum program gotong-royong di mulakan, pelajar-pelajar tersebut telah diberi taklimat aturcara program serta agihan tugasan. Program yang telah disusun atur adalah seperti berikut, diantaranya :

  • 8.30 pagi – Ucapan aluan oleh Pengerusi Perstauan Penduduk TTS, YBhg. Dato’ Ahmad Fuad Embi
  • 8.40 pagi – Ucapan oleh Pengerusi Surau Al-Ittihaad, Hj. Samsudin Taramuji
  • 8.45 pagi – Pemilihan kumpulan dan taklimat tugasan oleh Sdr. Ahmad Wasfi
  • 9.00 pagi – Sarapan pagi
  • 9.30 pagi – Memulakan tugasan khidmat masyarakat di kawasan Surau Al-Ittihaad dan sekitar TTS
  • 12.15 tgh – Makan tengahari
  • 12.45 tgh – Rehat
  • 13.20 tgh – Solat Zohor berjemaah
  • 14.00 ptg – Majlis bersurai

Seluruh warga Penduduk Taman Tasik Semenyih ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pelajar-pelajar KPM yang telah bersusah-payah serta bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Kami mendoakan agar pelajar-pelajar ini akan berterusan mengamalkan sikap mulia ini disamping segala usaha mereka ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari ALLAH. Amin …..

Like this:

LikeLoading...

Related

 

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkanFolio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpamenghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerjaini.Saya Nur Izzah Syahira Binti Azizi ingin menjulang sekalung penghargaan kepada

PuanFaridah dan Encik Fardi,

Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Pontian, Johor kerana telahmemberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya

Encik Azizi bin Zakaria

yangtelah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya

PuanSharifah Norashikin binti Syed Loed

yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk sayamenyiapkan kerja ini dengan lebih awal.Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada

rakan-rakan saya di kelas 555

yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalammerealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini.Sekian, terima kasih.

“ Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapilebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. “

Pengenalan

3

One thought on “Penghargaan Assignment Kolej Profesional Mara

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *